WARUNG L3PAK KAKU

WARUNG L3PAK YM

26.10.09

SETEM

Disebuah negeri terdapat beberapa orang Raja yang memerintah. Raja-raja di
negeri itu pulak ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang terkenal
dengan kediktatorannya.
Pada satu hari Perdana Menteri tersebut telah merasmikan pembukaan pejabat
pos. Apabila beliau melawat pameran sempena perasmian pejabat pos berkenaan
beliau terkejut kerana hampir kesemua setem-setem yang dipamerkan
mempunyai
gambar-gambar Raja. Beliau dengan angkuhnya memanggil pengarah jabatan pos
dan menyuruhnya menggantikan muka-muka Raja tersebut dengan wajahnya.
Selang beberapa hari beliau berbangga kerana muka-muka Raja tersebut telah
tiada dan wajahnya yang tertera di situ. Selepas seminggu berlalu, beliau
mendapat berita yang mengatakan surat-surat yang dipos tidak ditampal
dengan setem wajahnya.
Dengan marahnya beliau telah memanggil pengarah jabatan pos dan bertanya
mengapa kesemua surat-surat tidak ditampal dengan setem wajahnya. Pengarah
mengatakan bahawa setem-setem tersebut tidak lekat apabila ditampal kerana
semua pengguna tidak meludah setem itu di belakang setem sebaliknya
meludah
di bahagian hadapan setem.

By : Noranisa Bte Abdul Majid , Facebook

2 Comments:

  1. Faz Fazrin said...
    wakakakakaka
    Ch3NtA_LiF3 said...
    amboiii...kuatnye engko gelak fazz oiii

Post a Comment